Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang
berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang
seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.
Apabila
orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai
anak kecil kenapa kamu menangis?" Maka berkata anak kecil itu, "Wahai
Bapak, saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang
berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud,
"Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu."
Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."
Berkata
orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu
terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka." Berkata
anak kecil itu, "Wahai Bapak, bapak adalah orang yang berakal, tidakkah
bapak lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang
mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu
kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil
ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa." Berkata orang tua
itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada
neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"
sumber :http://usahatasiman.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment