0 Jadi bagaimana bapak bisa berceramah sedemikian?

Foto: Ramli Hjs > Kargozari Dakwah

(“ Jadi bagaimana bapak bisa berceramah sedemikian?”)

Jamaah kami seramai enam orang dan telah di putuskan dari Sabah melalui markaz masing-masing menuju ke Tawau khuruj selama satu cyila. Kami telah di hantar ke Pulau Nunukan dan Tarakan kawasn kalimatan Indonesia. Selepas beberapa hari di mana kami bermula dari kampung Jalan Buntu ( Street Buntu ), Gunung belah dan sampailah kami di sebuah kampung yang saya sudah lupa namanya. Tetapi, di kampung inilah ada seorang Pak Kiyai yang di hormati dan di segani.

Pada hari pertama kami berada di sini, kami menjalankan aktiviti seperti biasa. Sebelum kami berpindah ke kampung ini, kami sudah membuat mesyuarat program sepanjang hari selepas subuh tadi. Saya di tugaskan sebagai khidmat taam dengan di ketuai oleh rakan saya. Kami menjalankan tugas dengan taat dan sentiasa menjaga amal agar kekuatan sentiasa ada untuk menarik rahmat Allah yang maha kuasa untuk mendidik hati kami agar sentiasa dekat padaNya.

Pada tahun 1994 itu, dunia masih sibuk dengan kisah penghapusan etnik di Albania, Romania hinggalah kejatuhan Presiden Diktator Nikolai Ceusescu. Pada malam itu seorang rakan saya yang telah di putuskan untuk bayan. Kami semua mendengar dengan khyusuk sehinggalah tasykil. Selepas itu bayan 5 amalan masjid. Ada beberapa orang tempatan bagi nama. Kami seramai 5 orang lagi berpecah dan ikram orang yang duduk berdekatan dengan kami. Pada malam itu sedikit jamuan air teh dan biskut kering di hidangkan. ( Safrah panjang ).

Pada malam keesokannya, seorang rakan saya di putuskan untuk bagi bayan fikir. Pada malam itu datang seorang pak Kiyai memakai jubah berwarna putih dan berserban. Kain rida di sangkut di bahunya. Ada beberapa orang anak muridnya ikut bersama-sama dengannya. Pak Kiyai itu berumur lingkungan 60an dan janggut putih hingga kepertengahan dadanya. Dia duduk di hadapan dan anak-anak muridnya duduk di belakang menghormati beliau. Dari air mukanya yang jernih itu, kelihatan beliau bukanlah sembarangan orang kerana duduknya yang sentiasa dalam keadaan berzikir.

Pada malam itu, rakan sejemaah saya memberi bayan fikir yang saya kira hebat kerana beliau orang lama dan paling tua di kalangan kami. Dia menyelitkan sedikit cerita mengenai Nabi Adam. Selesai bayan, tasykil dan doa, satu perkara yang mengejutkan kami semua. Dengan senyuman manis, dia memanggil kami semua supaya duduk di hadapannya. Kami berenam duduk berhadapan dengan Pak Kiyai, yang duduk di belakang pak kiyai itu bilangan jemaahnya dua atau tiga kali ganda bilangan kami. Saya berzikir didalam hati. Dan adakalanya bersolawat atas Nabi kekasih kita Rosullullah saw. Sepanjang bayan fikir itu, dia tidak menegur pembayan walau sepatah pun. Selepas kami duduk itu dia pun mula menerangkan kedudukan dan cerita kisah Nabi Adam itu. “ Sebenarnya pak, nabi Adam itu….” dan ceritanya cukup terperinci sehingga kami semua hanya mengangguk-anggukkan kepala. Dalam hati, moga Allah limpahkan rahmat kepada kami, Pak Kiyai yang dengan senang hati sebagai seorang alim mengajar kami dengan penuh hormat dan diplomasi itu sukar untuk di lupakan. Kami mengucapkan ribuan terimakasih dan pertemuan itu berakhir dengan senyum persaudaraan sebagai saudara muslim.

Esoknya selepas subuh, kami buat mesyuarat program. Amir jemaah kami memutuskan supaya bayan enam perkara dan 5 amalan masjid. Saya telah di putuskan untuk bagi bayan fikir. Jantung saya terasa terhenti dan saya menolak. Amir jemaah bagi zehin dan mengatakan sami’na wa ato’na. Saya terdiam. Amir menyuruh saya supaya belajar dengan rakan saya. Rakan saya ini, seorang yang baik hati. Cintanya kepada Allah dengan bacaan Al qurannya menjadikan dia terlupa mengajar saya. Saya dalam istilahnya, orang yang “ sejuk “ dalam jemaah ini. Sudah lama tidak keluar dan amalan sedikit sahaja. Orang yang paling muda dalam jemaah saya adalah saya. Sepanjang hari itu saya jadi gelisah. Saya rasa tidak di pedulikan. Saya mengambil keputusan buat sembahyang hajat, istikhoroh, sembahyang taubat. Saya letakkan seluruh pengharapan saya kepada Allah semata-mata dan belajar meninggalkan makhluk.

Selepas solat maghrib, saya terus bangun dan pergi ke belakang masjid ( ruangan kaki lima di sebalik pintu ) dan bersembahyang dua rakaat minta bantuan Allah dalam keadaan penuh menghinakan diri di hadapanNya. Saya menangis minta bantuan Allah. Iklan jorna sudah berjalan lebih dari 5 minit. Pengiklan memanjang-manjangkan leher melihat keluar. Risau. Para jemaah sudah duduk rapat rapat. Pak Kiyai dengan murid-muridnya bertambah sedikit dari semalam sudahpun duduk menunggu. Selepas berdoa, saya bangun dengan sedikit lutut menggeletar menuju ke hadapan dan berdiri tanpa duduk di bangku. Saya dapat rasakan saya semakin lemah berdiri. Selepas berdoa di dalam hati, saya memuji Allah, selawat kepada junjungan kita Nabi saw, saya mulakan bicara. Saya hanya bayan enam perkara sahaja seringkas dan sepadat-padatnya. Saya hanya bercakap mengenai maksud enam perkara itu satu persatu, kelebihan-kelebihannya dan cara mendapatkannya. Itu sahaja. Ada di antara rakan-rakan saya mengerutkan kening. Hati saya bertambah sayu. Saya berdoa “ Ya Allah, berilah saya faham dan amal apa yang saya katakan ini. Dan berikanlah mereka faham dan berikanlah saya hidayah, rakan-rakan saya, mereka yang ada di sini dan seluruh alam “

Bayan saya selesai tidak sampai dua puluh minit termasuk tasykil. Memang sudah diduga dan di jangka bahawa Pak Kiyai akan memanggil saya. Dalam keadaan penuh harap, takut dan belajar, saya duduk di hadapan Pak Kiyai. 5 orang rakan-rakan saya duduk di belakang. Pak Kiyai melihat saya dengan senyum di bibir. Berambah berseri wajahnya meskipun sudah berumur. Saya duduk di hadapannya dalam jarak kira-kira 3 kaki dan menundukkan kepala. Dia pun berkata;

“Bapak belajar di pesantren mana ?”

“ Saya tidak pernah belajar di mana-mana pesantren Pak Kiyai”

“ Jadi bagaimana bapak bisa berceramah sedemikian?”

“ Pesantren saya hanya dari masjid ke masjid. Dari mushola ke mushola Pak Kiyai. Belajar baiki diri, baiki iman dan amal” Kata saya merendah diri. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum. Saya menarik nafas panjang sambil menundukkan kepala, resah dan gelisah. Kemudian dia menyambung kata-katanya.

“ Cukup tinggi apa yang bapak bicarakan tadi. Bukan sembarangan orang yang bisa berkata sedemikian itu kalau tidak mempunyai ilmu yang cukup tinggi. Apa yang bapak bicarakan tadi mencakupi ruang lingkup kehidupan sebagai seorang muslim yang sempurna. Rukun iman, islam dan ihsan semuanya bapak bicarakan tidak sampai 20 menit. Mengagumkan”.

Apa bila saya mendengar kata-kata Pak Kiyai itu, saya menahan sebak dan bersyukur kepada Allah atas pertolonganNya. Mulai dari hari itu, jemaah kami hanya bagi fikir enam perkara sahaja. Pada malam itu, saya sujud syukur pada Allah dan sayalah orang yang paling gembira sekali kerana Allah hiburkan saya dengan bantuanNya.

Qalamkasturi : Abu Zaid

sumber : Kargozari dakwah

0 comments:

Copyright © 2015 | created by Ahbab | abdulrahmanmalayu@gmail.com

Artikel dalam web Ini depersilahkan untuk di bagikan