Kisah ini terjadi pada ijtima’ Bhopal – India pada tahun 1940-an.
Maulana Muhammad Ilyas Khandahlawi (Amir jamaah pada saat itu) telah
memutuskan seorang (meiji) yang buat usaha dakwah dari mewat untuk bayan
maghrib saat ijtima’ tersebut.
Seseorang yang telah ditunjuk tadi menjumpai kembali Maulana Ilyas
dan memberitahu bahwa beliau tidak bersedia dengan alasan beliau adalah
orang awam, sedangkan orang yang duduk di dalam majlis adalah
ulama-ulama dari seluruh India. Maulana Ilyas berkata, “Ini pilihan
Allah, kerjakan karena Allah..”.
Maka selepas sholat Maghrib, beliau sholat hajat dua rakaat meminta
pada Allah agar diberi hidayah dan kalam untuk tunaikan takaza bayan
ini. Setelah selesai sholat badan beliau menggigil dan berkeringat.
Setelah tiba waktun bayan, beliau duduk di kursi yang disediakan dan
beliau menangis tidak tahu apa yang akan diucapkan dihadapan para ulama
dari seluruh penjuru India tersebut.
Setelah memuji Allah dan bershalawat ke atas Rasul-Nya, beliau
berkata, “Tuan-tuan, kita perhatikan keadaan di dalam sebuah keluarga..
seorang ibu menyuruh anak-anaknya yang terdiri dari kakak dan adik untuk
mengangkat gelas yang berisi minuman untuk para tamu ke ruang tamu.
Kakak dan adik ini mengangkatnya dan tanpa disengaja sang adik telah
menjatuhkan gelas tersebut.
Secara logika, ibu mesti memarahi adik tersebut, AKAN TETAPI, ibu
memarahi kakaknya karena tidak mengajarkan dan memberi panduan kepada
adiknya cara-cara untuk mengangkat gelas dengan selamat.
Begitulah juga dengan Tuan-tuan, pada hari Akhirat kelak Allah Swt.
akan mencari dahulu para ulama, kerana merekalah yang lebih berilmu dan
berpengetahuan. Orang awam yang kurang pengetahuannya akan diadili
kemudian.. dan Allah akan murka jika kita (para ulama) tidak menjalankan
dakwah.”
Beliau juga berkata, “Tuan-tuan (para ulama), mengajar di tempat
pengajian adalah suatu amanah, begitu juga dakwah, ia juga suatu amanah
yang diwariskan dari Ambiyaa` AlaihimuSh Shollatu waSSalam. Jika kita
orang yang lebih berpengetahuan tidak membuat dakwah dengan cara Nabi
SAW., dari rumah ke rumah, pintu ke pintu, berjumpa setiap saudara kita…
bagaimana orang awam akan buat usaha dakwah jika kita tidak mulai
dahulu?
Dan bagaimana kita hendak mengajar jika kefahaman Quran dan Hadits kita kurang karena tidak buat dakwah seperti para Sahabat?
Para Sahabat mudah memahami yang dikehendaki Quran dan Hadits asbab
pengorbanan dan susah payah mereka untuk agama ini.. begitu juga dengan
kita tuan-tuan.. Allah tidak akan mencari orang awam yang tidak buat
dakwah dahulu dihari akhirat kelak, tetapi Allah mencari kita (ulama)
dahulu tuan-tuan…
Pada saat itu semua ulama dari seluruh India yang duduk di dalam
majlis menangis terisak-isak tanpa berhenti… kemudian beliau berkata,
“Siapa diantara tuan-tuan (para ulama) yang bersedia untuk tunaikan
amanah dakwah ini dengan keluar di jalan Allah berjumpa orang-orang awam
untuk sebarkan agama ini?”.
Maka hampir seluruh ulama yang duduk didalam majlis berniat dan
memberi nama kepada team tasykil… dan selepas ijtima’ semua ulama
tersebut telah bertebaran ke seluruh India untuk keluar berdakwah…
Bayan meiji tersebut ringkas, tetapi memberi makna yang mendalam dan menusuk kalbu hati para ulama yang duduk didalam majelis…
Semoga Allah beri kita peluang dan hidayah untuk kita ambil i’tibar untuk amalkan dan sampaikan..
sumber : http://dzikir20.wordpress.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment