0 Karguzari(Laporan) Jemaah Malaysia ke Negara Jauh, Amerika

Karguzari(Laporan) Jemaah Malaysia ke Negara Jauh, Amerika:

-New York sahaja ada 500 lebih buah masjid. Malah ground Zero pun dibinakan masjid.
-Selama 4 bulan buat usaha di sana, TIAP TIAP HARI sekurang2 nya seorang akan datang ke masjid memeluk Islam. Malah ada hari yang didatangi sehingga 3 orang, 4 orang, 5 orang, sekeluarga. Semua datang untuk memeluk Islam.Tidak terkira berapa ramai nya yang masuk Islam dalam 4 bulan Jemaah berada di sana.
-Pada hari Jumaat, Setiap masjid perlu buat sehingga 2 kali syif solat Jumaat, untuk menampung terlalu ramai nya Umat Islam yang datang solat Jumaat. Malah ada masjid yang kena buat hingga 3 kali solat Jumaat.(Di Sabah saja, ada masjid yang kurang 40 lelaki baligh, sehingga terpaksa solat Zuhur saja.)
-Jemaah Malaysia mendapat layanan istimewa orang2 USA. Kata mereka: Usaha Dakwah dan Tabligh di USA dimulakan oleh Pelajar Pelajar Malaysia. Hampir setiap markaz/masjid mengakui nya dan masih mengenali nama nama pelajar Malaysia yang mula mula buat usaha di sana, tahun 1967/68.
(Oleh itu, usaha ke atas Student kita sangat penting ketika ini, mungkin kita tak nampak hasil nya skrg, tapi satu masa Allah akan tasykil mereka belajar ke luar negara dan kembangkan agama di sana, hasil nya Masya Allah)
-Syura2 Jemaah di USA kesemuanya convert Islam. Ahli2 jemaah Masjid pun sama.
-Targhib: Kita di hantar oleh Allah Taala ke dunia untuk sebarkan agama seluruh alam. Kita semua layak ke seluruh alam. Kita kena siapkan diri kita dengan amal A+ supaya Allah pilih kita. Seperti Apple New Zealand, dipilih sebab baka nya baik, kulit nya cantik, isinya manis, A++, maka dihantar eksport ke luar negara. Seperti student 10A SPM, setiap subjek dapat A, maka dihantar ke ke luar negara. Hari ini kita kena usahakan 5 amal, dan dapatkan A+ dalam setiap Amal Masjid, (mesyuarat, ta'lim, ghast, 2.5jam, 3 hari), pasti dan pasti Allah akan hantar ke luar negara. Selesaikan masalah dengan amal, bukan dengan makhluk. Pekerjaan itu makhluk, duit itu makhluk, cuti itu makhluk, selain daripada Allah semuanya makhluk. Usaha ke atas makhluk tidak ada manfaat, tidak ada janji Allah. Usaha atas amal, ada janji Allah.
-Oleh itu sediakan diri kita dengan amal A+. InsyaAllah?
 

Copyright © 2015 | created by Ahbab | abdulrahmanmalayu@gmail.com

Artikel dalam web Ini depersilahkan untuk di bagikan