Alfaqieh Abul-Laits berkata: “Telah menerangkan kepada kami Muhammad
bin Alfadhel bin Ahnaf berkata: “Telah menerang kepada kami Muhammad
bin Ja’far Alkaraabisi ia berkata : “Telah menerang kepada kami Ibrahim
bin Yusuf ia berkata: “telah menerang kepada kami Ismail bin Ja’far,
dari Amr Maula Almuththalib dari Ashim dan
Muhammad bin Labied berkata: Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang
bermaksud:
“Yang sangat saya kuatirkan atas kamu ialah syirik yang
terkecil.” Sahabat bertanya: “Ya Rasullullah, apakah syirik yang kecil
itu?” Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: “Riyaa. Pada hari pembalasan kelak
Allah s.w.t. berkata kepada mereka : “Pergilah kamu kepada orang-orang
yang dahulu kamu beramal kerana mereka didunia, lihatlah disana
kalau-kalau kamu mendapatkan kebaikan dari mereka.”
Riyaa ialah beramal untuk dilihat orang, dipuji
dilihat orang, Abul Laits berkata: “Dikatakan pada mereka sedemikian itu
kerana amal perbuatan mereka ketika didunia secara tipuan, maka dibalas
demikian.”
Firman Allah s.w.t.: Yukhaa di’unnallah wahuwa khaa di’uhum.
Allah s.w.t. membalas cara tipuan mereka itu dan
membatalkan semua amal perbuatan mereka itu, kerana kamu dahulu tidak
beramal untukKu maka pembalasan amalmu itu tidak ada padaKu, sebab tiap
amal yang tidak ikhlas kepada Allah s.w.t., maka tidak sampai kepadaNya,
kerana itu tiap amal yang dikerjakan tidak kerana Allah s.w.t. dan
kerana lainnya, maka Allah s.w.t. lepas tangan daripadanya.
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu
Hurairah r.a. berkata, dari Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang
bermaksud: “Allah s.w.t. telah berfirman: ‘ Akulah yang terkaya dari
semua sekutu, Aku tidak berhajat kepada amal yang dipersekutukan yang
lain-lain, maka siapa beramal lalu mempersekutukan kepada lain-lainKu,
maka Aku lepas bebas dari amal itu.”
Hadis ini sebagai dalil bahawa Allah s.w.t. tidak
menerima amal kecuali yang ikhlas kepada Allah s.w.t., maka jika tidak
ikhlas, tidak diterima dan tidak ada pahalanya, bahkan tempatnya tetap
dalam neraka jahannam, sebagaimana tersebut dalam ayat 18 surah
Al-Israa:
Man kana yuriidul aa-jilat ajjalna lahu fiha maa
nasyaa’u liman nuridu, tsumma ja’alna lahu jahannam yash laaha madzmuman
mad-hura (18). Wa man aradal akhirota wa sa’a laha sa’yaha wa huwa
mu’minun, fa ulaa’ika kaana sa’yuhum masy-kuura. (19). Kullan numiddu
haa ulaa’i, wahaa ulaa’i athaa’i robbika, wama kaana athaa’u robbika
mah-dzuura (20).
Bermaksud: Siapa yang menginginkan dunia dengan
amalnya, Kami berikan kepadanya dari kekayaan dunia bagi siapa Kami
kehendaki kebinasaannya, kemudia Kami masukkan ia kedalam neraka
jahannam sebagai orang terhina dan terusir jauh dari rahmat Allah (18).
Dan siapa yang menginginkan akhirat dan berusaha dengan
bersungguh-sungguh dan ikhlas, dan disertai iman, maka usaha amal mereka
itulah yang terpuji (diterima) (19). Masing-masing dari dua golongan
Kami beri rezki, dan pemberian Tuhanmu tidak terhalang, baik terhadap
mukmin, kafir, berbakti maupun lacur (20).
Dari ayat keterangan ini nyatalah bahawa yang
beramal kerana Allah s.w.t. maka akan diterima sedang yang beramal tidak
kerana Allah s.w.t. tidak akan diterima dan hanya lelah dan susah
semata-mata, sebagimana dinyatakan dalam hadis: Abu Hurairah r.a berkata
bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: “Rubba sha’imin laisa lahu
hadhdhun min shaumihi illal ju’a wal athsy wa rubba qaai’min laisa lahu
hadhdhun min qiyamihi illal-sahar wannashabu. Maksudnya: Adakalanya
orang puasa dan tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan
haus, dan ada kalanya orang bangun malam dan tidak mendapat apa-apa dari
bangunnya kecuali tidak tidur semata-mata, yakni tidak mendapat pahala
dari amalnya.
Seorang ahli hikmah berkata: “Contoh orang yang
beramal dengan riyaa’ atau sum’ah itu bagaikan orang yang keluar kepasar
dan mengisi poketnya dengan batu, sehinggakan orang melihat poketnya
semua berasa kagum dan berkata: “Alangkah penuhnya poket wang orang
itu.”, tetapi sebenarnya dia sama sekali tidak berguna sebab tidak dapat
dibeli apa-apa tetapi hanya sekadar mendapat pujian orang sahaja.
Demikianlah pula orang yang beramal dengan riyaa’ sum’ah, tidak ada
pahalanya diakirat kelak.”
Sebagaimana firman Allah s.w.t.: “Wa qadimna ila
amilu min faja’alnahu habaa’an mantsuura.” yang bermaksud: “Dan Kami
periksa semua amal perbuatan mereka, lalu Kami jadikan debu yang
berhamburan.”
Waki’ meriwayatkan dari Sufyan Atstsauri dari
orang yang mendengar Mujahid berkata: “Seorang datang kepada Nabi
Muhammad s.a.w. dan berkata: Ya Rasullullah, saya bersedekah
mengharapkan kerihdaan Allah s.w.t. dan ingin juga disebut dengan baik.”
Maka turunlah ayat 111 surah al-Kahfi: “Faman kaana yarju liqaa’a
rabbihi fal ya’mal amalan shaliha, walaa yusyrik bi ibadati rabbihi
ahada. yang bermaksud: “Maka siapa yang benar-benar mengharap akan
bertemu dengan Tuhannya, maka hendaklah berbuat amal yang baik, dan
jangan mempersekutukan Allah dalam semua ibadatnya dengan sesiapa.”
Seorang pujangga berkata: “Siapa yang berbuat
tuju tanpa tuju tidak berguna perbuatannya. Siapa yang takut tanpa
hati-hati, maka tidak berguna takut itu, seperti berkata: “Saya takut
kepada siksaan Allah s.w.t. tetapi tidak berhati-hati dari dosa, maka
tidak berguna takutnya itu. Siapa yang mengharapkan tanpa amal seperti
mengharapkan pahala dari Allah s.w.t. tetapi tidak beramal, maka tidak
berguna harapannya itu. Siapa yang niat tanpa perlaksanaan, niat yang
berbuat kebaikan tetapi tidak melaksanakan akan tidak berguna niatnya
itu. Siaoa berdoa tanpa usaha, seperti berdoa semoga mendapat taufiq
untuk kebaikan, tetapi tidak berusaha untuk kebaikan. Siapa yang
beristigfar tanpa penyesalan, maka tidak akan berguna istigfarnya itu.
Siapa yang tidak menyesuaikan lahir dengan batiniahnya, seperti lahirnya
untuk berbuat kebaikan tetapi hati tidak ikhlas. Siapa yang amal tanpa
ikhlas maka tidak akan berguna amal perbuatannya.
Abu Hurairah berkata: Nabi Muhammad s.a.w
bersabda yang bermaksud: “Akan keluar pada akhir zaman suatu kaum
(golongan) yang mencari dunia dengan menjual agama, memakai pakaian bulu
domba, lidah mereka lebih manis dari madu sedang hati mereka bagaikan
serigala. Allah akan berfirman kepada mereka: Apakah terhadapKu mereka
bermain-main dan melawan, dengan kebesaran-Ku, Aku bersumpah akan
menurunkan kepada mereka futnah ujian bala sehingga seorang yang berakal
tenang akan bingung.”
Waki’ meriwayatkan dari Sufyan dari Habib dari
Abi Salih berkata: Seorang datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan
berkata: “Ya, Rasullullah, saya berbuat suatu amal yang saya sembunyikan
kemudian diketahui orang, maka saya merasa senang, apakah masih
mendapat pahala? Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: “Ya. bagimu pahala rahasia
dan terang.”
Abul-Laits berkata: “Diketahui orang sehingga
ditiru, maka ia mendapat pahala kerana beramal dan mendapat pahala
kerana ditiru orang.” Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud: “Siapa yang memberi contoh kebaikan, maka ia mendapat pahala
dan pahala orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari qiamat, dan
siapa yang memberi contoh kejahatan maka ia mendapat dosa dan dosa
orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari qiamat.”
Abdullah bin Almubarak meriwayatkan dari Abubakar
bin Maryam dari Dhomiroh dari Abu Habib berkata: Rasullullah s.a.w.
bersabda yang bermaksud: “Adakalanya para Malaikat membawa amal seorang
hamda dan mereka anggap banyak dan mereka menyanjungnya sehingga sampai
kehadrat Allah, maka Allah berfirman kepada mereka: Kamu hanya mencatat
amal hambuku, sedang Aku mengawasi isi dan niat hatinya, hambaku ii
tidak ikhlas kepadaKu dan amalnya, maka catatlah dalam sijjin, dan ada
kalanya membawa naik amal hamba lalu mereka menganggap sedikit dan kecil
sehingga sampai kehadapan Allah, maka Allah berfirman kepada para
Malaikat: Kamu mencatat amal perbuatan hambaKu dan Aku mengawasi isi
hati dan niatnya, orang ini benar-benar ikhlas dalam amal perbuatannya
kepadaKu, catatlah amalnya itu dalam illiyin.”
Dengan ini nyatalah bahawa amal yang sedikit
dengan ikhlas lebih baik daripada yang banyak jika tidak ikhlas, sebab
amal yang diterima oleh Allah s.w.t. dilipat gandakan pahalanya. Adapun
yang tidak ikhlas maka tidak ada pahalanya, bahkan tempatnya dalam
neraka jahannam.
Abu-Laits berkata: Saya telah diceritakan oleh
beberapa ulama dengan sanad mereka yang langsung dari Uqbah bin Muslim
dari Samir Al-ash-bahi berkata: “Bahawa ia ketika masuk kekota Madinah
melihat seorang yang dikerumuni oleh orang ramai, lalu saya bertanya:
“Siapakah orang itu?” Jawab orang-orang: “Itu Abu Hurairah r.a.”. Maka
saya mendekati kepadanyadan ketika tiada lagio orang ramai disitu, saya
pun bertanya kepadanya: “Saya tuntut engkau demi Allah, ceritakan
kepadaku satu hadis yang telah kau dengar dan kau ingat langsung
daripada Rasullullah s.a.w.” Abu Hurairah r.a. berkata: “Duduklah, akan
saya ceritakan kepadamu hadis yang saya sendiri mendengar dari
Rasullullah s.a.w. yang waktu itu tiada orang lain bersama kami.”
Kemudian Abu Hurairah r.a. pun menarik nafas yang berat lalu pingsan,
kemudian setelah sedar dari pingsan itu dia pun mengusapkan mukanya
sambil berkata: “Akan aku ceritakan hadis Rasullullah s.a.w. .”,
kemudian dia menarik safas yang berat lagi dan pingsan semula. Agak lama
kemudian dia sedar dan mengusapkan mukanya lalu berkata : Rasullullah
s.a.w. telah bersabda: “Apabila hari kiamat kelak maka Allah s.w.t. akan
menghukum diantara semua makhluk dan semua ummat bertekuk lutut, dan
pertama yang dipanggil ialah orang yang menerti al-Quran, dan orang yang
mati fisabilillah, dan orang kaya. Maka Allah s.w.t. menanyakan kepada
orang yang pandai al-Quran: Tidakkah Aku telah mengajar kepadamu apa
yang Aku turunkan kepada utusanKu? Jawab orang itu: Benar, ya Tuhanku.
lalu kau berbuat apa terhadap apa yang telah engkau ketahui itu?
Jawabnya: Saya telah mempelajarinya diwaktu malam dan mengerjakannya
diwaktu siang. Firman Allah s.w.t. : Dusta kau. Lalu malaikat juga
berkata: Dusta kau, sebaliknya kau hanya ingin disebut qari, ahli dalam
al-Quran, dan sudah disebut yang demikian itu. Lalu dipanggil orang kaya
dan ditanya: Engkau berbuat apa terhadap harta yang Aku berikan kepada
kamu? Jawabnya: Saya telah menggunakan untuk membantu kaum keluarga dan
bersedekah. Dijawab Allah s.w.t. :Dusta kau. Para malaikat pun berkata:
Dusta kau, kau berbuat begitu hanya kerana ingin disebut sebagai seorang
dermawan, dan sudah terkenal sedemikian. Lalu dihadapkan orang yang
mati berhijad fisabilillah lalu ditanya: Kenapa kau terbunuh? Jawabnya:
Saya telah berperang untuk menegakkan agamaMu sehingga terbunuh. Allah
s.w.t. berfirman: Dusta engkau. Dan malaikat juga berkata: Dusta engkau,
kau hanya ingin disebut sebagai seorang pahlawan yang gagah berani dan
sudah disebut sedemikian.
Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. memukul lututku
(pahaku) sambil bersabda yang bermaksud: “Hai Abu Hurairah, ketiga orang
itulah yang pertama-tama yang dibakar dalam api neraka pada hari
kiamat.” Kemudian berita itu sampai kepada Mu’awiyah maka ia menangis
dan berkata: “Benar sabda Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.”. Kemudian
ia membaca ayat 15-16 surah Hud yang berbunyi: Man kana yuridul haya
wazinataha nuwaffi ilaihim a’maalahum fiha wahum fiha la yub khosun.(15)
Ulaa’ikal ladzina laisa lahum fil aakhiroti illannar wa habitha maa
shona’u fiha wabaa thiun maa kaanuu ya’malun. (16). Yang bermaksud:
Siapa yang niat dengan amalnya hanya semata-mata keduniaan dan
keindahannya maka Kami akan memberi kepada mereka semua amalnya dan
mereka didunia tidak akan dikurangi (dirugikan).(15). Mereka itulah yang
tidak mendapat diakirat kecuali api neraka, dan gugur semua amal mereka
itu, bahkan palsu semua perbuatan mereka itu.(16).
Abdullah bin Haanif Al-inthoki berkata: Pada hari
kiamat bila seseorang mengharap amalnya kepada Allah s.w.t. maka
dijawab: Tidakkah Kami telah membayar kotan pahalamu, tidakkah Kami
telah memberi tempat padamu dalam tiap majlis. tidakkah Kami telah
terangkat sebagai pimpinan/ketua, tidakkah telah Kami murah (mudah)kan
jualbelimu (yakni selalu dapat potongan harga jika membeli sesuatu) dan
seterusnya.
Seorang hakim telah berkata: Orang yang ikhlas
ialah orang yang menyembunyikan perbuatan kebaikannya sebagaimana
menyembunyikan kejahtannya. Pendapat yang lain pula berbunyi: Puncak
ikhlas itu ialah tidak ingin pujian orang. Dzinnun Almishri ketika
ditanya: “Bilakah orang diketahui bahawa ia termasuk pilihan Allah
s.w.t.”? Jawabnya: “Jika tidak meninggalkan istirehat dan dapat
memberikan apa yang ada, dan tidak menginginkan kedudukan dan tidak
mengharapkan pujian tau celaan orang. (Yakni dipuji tidak merasa besar
dan dicela tidak merasa kecil)
Ady bin Hatim Aththa’i berkata Rasullullah s.a.w.
bersabda yang bermaksud: Pada hari kiamat beberapa orang yang
diperintahkan untuk membawa kesyurga dan setelah melihat segala
keindahannya serta merasakan bau harumnya maka diperintahkan untuk
dijauhkan daripadanya kerana mereka tidak ada bagian didalamnya, maka
kembali mereka dengan penjelasan yang tidak ada tara bandingnya,
sehingga mereka berkata: Ya Tuhan, andaikan Kau masukkan kami kedalam
neraka sebelum Kau perlihatkan kami pahala yang Kau sediakan bagi para
waliMu. Jawab Allah: Sengaja Aku berbuat itu kepada kamu, kamu dahulu
bila bersendirian berbuat dosa-dosa besar, dan bila dimuka orang-orang
berlagak alim sopan dan taat, kamu hanya riya’, memperlihatkan kebaikan
kepada manusia, dan tidak takut kepadaKu, kamu mengagungkan orang dan
tidak mengagungkan Aku, maka kini Aku merasakan kepada kamu kepedihan
siksaKu, disamping Aku haramkan atas kamu kebesaran pahalaKu.
Abdullah bin Abbas r.a. berkata Rasullullah
s.a.w. bersabda yang bermaksud: Ketika Allah telah melengkapi jannahtu
aden dengan segala keindahan yang belum dilihat oleh mata, dan terdengar
oleh telinga dan tergerak dalam hati (khayal) manusia, maka Allah
menyuruhnya supaya berkata-kata, maka syurga itu berkata : Qad aflahai
mu’minum (3x) (Sungguh untung orang yang beriman/percaya) Inni haram ala
kulli bakhil wa munafiq wa muraa’i (3x) (Saya diharam untuk dimasuki
oleh tiap orang yang bakhil dan orang munafiq dan orang yang berbuat
riyaa).
Ali bin Abi Thaalib r.a. berkata: “Tanda orang
yang riyaa’ itu ada empat yakni malas jika bersendirian, dan tangkas
jika dimuka orang, dan menambah amalnya jika dipuji, dan mengurangi jika
dicela. Syaqiq bin Ibrahim berkata: “Benteng amal itu ada tiga iaitu
Harus merasa bahawa itu hidayat dan taufiq dari Allah s.w.t., Harus niat
untuk mendapat ridha Allah s.w.t. untuk mematahkan hawa nafsu dan Harus
mengharap pahala dari Allah s.w.t. untuk menghilangkan rasa tamak,
rakus riyaa’ dan dengan ketiga ini amal dapat ikhlas kepada Allah s.w.t.
Mengharap ridha Allah s.w.t. supaya tiap amal hanya untuk yang diridha
Allah s.w.t. supaya tidak beramal terdorong oleh hawa nafsu, dan apabila
amal itu kerana mengharap pahala dari Allah s.w.t. maka tidak hirau
terhadap pujian atau celaan orang.
Seorang hakim berkata: “Seharusnya seorang yang
beramal itu belajar adab dari pengembala kambing.” Ketika ditanya
bagaimanakah? Jawabnya: “Pengembala itu jika sembahyang ditengah-tengah
kambingnya, sekali-kali tidak mengharap pujian dari kambing-kambingnya,
demikianlah seorang yang beramal harus tidak menghiraukan apakah dilihat
orang atau tidak.”
Seorang hakim berkata: “Untuk keselamatan suatu
amal berhajat pada empat macam iaitu pertamanya: Ilmu pengetahuan, sebab
amal tanpa ilmu lebih banyak salah daripada benarnya
(tepatnya),keduanya Niat, sebab tiap amal amat terpenting pada niatnya,
sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. : “Sesungguhnya semua amal
tergantung pada niat dan yang dianggap bagi tiap orang apa yang ia
niatkan.” dan ketiga Sabar, supaya dapat melaksanakan amal itu dengan
baik dan sempurna, thuma’ninah dan tidak keburu , keempatnya ialah Tulus
ikhlas, sebab amal tidak akan diterima tanpa keikhlasan.
Haram bin Hayyan berkata: “Tiada seorang yang
menghadap kepada Allah s.w.t. akan menghadapkan hati orang-orang yang
beriman sehingga kasih dan sayang kepadanya.” Suhail bin Shalib dari
ayahnya Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang
bermaksud: “Sesungguhnya Allah s.w.t. bila cinta pada seseorang hamba
berkata kepada Jibril: Sesungguhnya Aku kasih kepada fulan, maka kau
kasih kepadanya, lalu Jibril berkata kepada semua penduduk langit:
Sesungguhnya Tuhanmu kasih kepada fulan, maka kamu harus kasih
kepadanya, setelah dikasihi oleh ahli langit, maka disebarkan rasa kasih
diatas bumi, dan sebaliknya jika Allah s.w.t. murka (benci) pada
seorang hamba, demikian juga adanya.”
Syaqiq bin Ibrahim ditanya: “Bagaimana dapat
mengetahui bahawa seorang yang soleh, sebab orang mengatakan bahawa saya
orang solihin?” Jawab Syaqiq: “Tunjukkan rahsiamu pada orang-orang
soleh, maka bila mereka rela pada itu itu bererti kau soleh. Kedua,
tawarkan dunia ini pada hatimu, maka bila ia menolak, itulah tandanya
kau soleh dan ketiga, tawarkan maut kepada dirimu, maka jika ia berani
dan mnegharap tanda bahawa kau orang yang soleh, bila tidak maka bukan
soleh, dan bila ada ketiga-tiganya padamu, maka mintalah selalu kepada
Allah s.w.t. jangan sampai memasukkan riyaa’ dalam semua amalmu supaya
tidak rosak amalmu.”
Tsabit Albunani dari Anas bin Malik r.a. berkata
bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tahukah kamu
siapakah orang mukmin? Jawab sahabat: “Allah s.w.t. dan Rasullullah lah
yang lebih mengetahui.” Baginda s.a.w. bersabda: “Seorang mukmin iaitu
orang yang tidak mati sehingga Allah memenuhi pendengarannya dengan apa
yang ia suka dan andaikan seorang berbuat taat didalam rumah yang
berlapistujuh puluh dan pada tiap rumah ada pintu besi, niscaya Allah
akan menampakkan amal itu sehingga dibicarakan orang dan
dilebih-lebihkan.” Ditanya oleh para sahabat: “Ya Rasulullah, bagaimana
dilebih-lebihkan?” Jawab Nabi Muhammad s.a.w. : Seorang mukmin suka bila
amalnya bertambah.” Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. pula bertanya:
Tahukah kamu siapa pula yang fajir (derhaka)?”. Jawab sahabat: “Allah
s.w.t. dan Rasullullah lah yang lebih mengetahui.” Bersabda Nabi
Muhammad s.a.w. : “Yalah orang yang tidak mati sehingga Allah s.w.t.
memenuhi pendengarannya dengan apa yang tidak disukai, dan andaikan
seorang berbuat maksiat didalam rumah yang berlapis tujuh puluh rumah
dan masing-masing berpintu besi, niscaya Allah s.w.t. akan
memperlihatkan pakaian amal itu sehingga dibicarakan orang dan
ditambah-tambahi.” Ketika ditanya: “Bagaimana ditambah, ya Rasullullah?’
Jawab Rasullullah s.a.w : “Seorang fajir suka apa yang menambah
durhakanya.”
Auf bin Abdullah berkata: “Orang-orang ahlil
khoir satu sama lain berpesan tiga kalimah: Siapa yang beramal untuk
akhirat, maka Allah s.w.t. akan mencukupi urusan dunianya, dan siapa
yang memperbaiki hubugannya dengan Allah s.w.t. maka Allah s.w.t. akan
memperbaiki hubugannya dengan sesama manusia, dan siapa yang memperbaiki
hatinya maka Allah s.w.t. akan memperbaiki lahirnya.”
Hamid Allafaf berkata: “Jika Allah s.w.t. akan
membinasakan seseorang, maka dihukum dengan tiga macam: Diberi ilmu
tanpa amal, Diberi bersahabat dengan orang-orang yang soleh tetapi tidak
mengikuti jejak mereka dan tidak beradap terhadap mereka serta ketiga
diberi jalan untuk berbuat taat tetapi tidak ikhlas.”
Abul-Laits berkata: “Itu semua kerana jelek
niatnya dan busuk hatinya, sebab sekiranya niatnya baik nescaya diberi
manfaat dalam ilmunya dan ikhlas dalam amalnya, dan menghargai kedudukan
orang-orang soleh.” Tambahnya lagi: “Saya telah diberitahu oleh orang
yang dapat dipercayai dengan sanadnya dari jaballah Alyahshubi berkata:
“Ketika kami bersama Abdul Malik bin Marwan dalam suatu peperangan,
tiba-tiba kami bertemu dengan seseorang yang selalu bangun malam, bahkan
tidak tidur malam kecuali sebentar, selama itu kami belum kenal
padanya, kemudian kami ketahui bahawa ia adalah sahabat Rasullullah
lalu ia bercerita kepada kami bahawa ada seorang bertanya: “Ya
Rasullullah, dengan apakah mencapai keselamatan kelak?” Jawab
Rasullullah s.a.w, “Jangan menipu Allah s.w.t.” Orang bertanya lagi:
“Bagaimana menipu Allah s.w.t.?” Rasullullah s.a.w menjawab: “Yaitu
mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t., tidak kerana Allah
s.w.t. dan berhati-hatilah kamu dari riyaa kerana ia syirik terhadap
Allah s.w.t. Orang yang berbuat riyaa pada hari kiamat akan dipanggil
dimuka umum dengan empat nama: Hai kafir, hari orang lancung, hai
penipu, hai orang yang rugi, hilang semua amalmu dan batal pahalamu,
maka tidak ada bagian bagimu kini, dan mintalah pahalamu dari orang yang
kamu berbuat untuk mereka wahai penipu.” Saya bertanya lagi: “Demi
Allah yang tiada Tuhan kecuali Dia, apakah benar kau mendengar sendiri
hadis ini dari Rasullullah s.a.w.?” Jawabnya: “Demi Allah s.w.t. yang
tiada Tuhan kecuali Dia, sesungguhnya saya telah mendengar sendiri dari
Rasullullah s.a.w kecuali jika saya keliru sedikit yang tidak saya
sengajakan.” Kemudian ia membaca ayat: Innal munafaiqiina yukhadi
‘unallah wa huwa khaa di’uhum. Yang bermaksud: Seseungguhnya orang
munafiq itu akan menipu Allah padahal Allah telah membalas tipu daya
mereka.
Abul-Laits berkata: “Siapa yang ingin mendapat
pahala amalnya diakhirat, maka harus beramal dengan ikhlas kerana Allah
s.w.t. tanpa riyaa’, kemudian melupakan amal itu supaya tidak dirosak
oleh rasa ujub (bangga diri) sebab memang menjaga taat itu lebih berat
daripada mengerjakannya.”
Abu Bakar Alwaasithi berkata: “Menejaga kebaikan
taat itu lebih berat daripada mengerjakannya sebab ia bagaikan kaca yang
cepat (mudah) pecah dan tidak dapat ditampal atau dipatri, maka tiap
amal yang dihinggapi riyaa’ rosak dan tiap amal yang dihinggapi ujub
(bangga diri) rosak. Maka apabila seorang dapat menghilangkan rasa
riyaa’ dalam amalnya harus berbuat yang demikian, tetapi bila tidak
dapat menghilangkan maka jangan sampai tidak beramal kerana belum dapat
menghilangkan riyaa’ sebaiknya ia harus tetap beramal kemudian membaca
istigfar dari pada rayaanya itu, kemudian dilain hari Allah s.w.t.
memberinya taufiq untuk ikhlas dalam amal-amal yang lain.”
Salman Alfarisi r.a. berkata: “Allah s.w.t.
menambah kekuatan orang mukmin dengan bantuan orang-orang munafiqin dan
menolong orang munafiqin dengan doa orang-orang mukmin.”
Abu-Laits berkata: “Orang-orang berpendapat
bahawa didalam fardhu tidak dapat dimasuki riyaa’, sebab melakukan
kewajipan, tetapi sebenarnya dapat saja riyaa’ itu masuk kedalamnya.”
Tambahnya lagi: “Disini ada dua macam: Jika ia melakukan fardhu itu
semata-mata kerana riyaa’ sehingga sekiranya tidak riyaa’ tidak
melakukannya maka itu munafiq sepenuhnya, termasuk dalam golongan Innal
munaafiqiina faddarkil asfali minannaar.
Orang-orang munafiq itu dalam tingkat terbawah
dalam api neraka, sebab sekiranya tauhidnya benar-benar, tentu ia selalu
melakukan fardhu yang dirasa sebagai kewajipan atas dirinya. Dan jika
tetap melakukan kewajipan hanya jika didepan orang lebih baik dan
sempurna sedang jika sendirian agak sumbang, maka ia mendapat pahala
yang kurang sesuai dengan kelakuannya yang kurang, sedang kelebihan yang
dilakukan dimuka orang ramai maka ia tidak ada pahalanya bahkan akan
dituntut atasnya.
Sumber : http://imanamalsoleh.wordpress.com/2010/02/11/keikhlasan/#more-1564
0 comments:
Post a Comment